Monday 20 January 2014

MINGGU SERASI 2014

ANJURAN      : UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA
TARIKH         : 20-23 JANUARI 2014 (ISNIN - KHAMIS)
MASA            : 5.30 pagi – 11.00 malam
TEMPAT       : DEWAN WAWASAN , DESA CEMERLANG DAN BALAI ISLAM
KUMPULAN SASARAN: SEMUA PELAJAR BAHARU YANG  BERDAFTAR DI KV KEMAMAN
DSC_0209

PENCAPAIAN:
Objektif program untuk memberikan gambaran yang jelas mengenai sistem, peraturan dan disiplin kolej, dapat membina keyakinan diri dalam menuju cita-cita dan harapan yang murni. Selain daripada itu, program bertujuan untuk mengenali dan mengetahui cara hidup, lokasi, dan kemudahan yang ada di kolej ini.

Menurut penganjur program, sepanjang minggu itu pelajar-pelajar dapat memberikan kerjasama yang baik.

MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU 2014

ANJURAN      : UNIT PENDAFTARAN PELAJAR
TARIKH         : 20 JANUARI  2014 (ISNIN)
MASA             : 8.30 PAGI – 1.00 PETANG
TEMPAT       : KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN
KUMPULAN SASARAN: 260 ORANG PELAJAR YANG MEMINATI KURSUS
                                             TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK, TEKNOLOGI  
                                            PEMBINAAN,MEKANIK PENYEJUKAN DAN 
                                            PENYAMANAN,PEMESINAN  INDUSTRI,TEKNOLOGI 
                                            KIMPALAN, TEKNOLOGI AUTOMOTIF, PENGURUSAN 
                                            PERNIAGAAN DAN KESETIAUSAHAAN PEJABAT. 
          
PENCAPAIAN:
Melalui majlis tersebut, pihak kolej dapat menguar-aurkan maklumat-maklumat kolej kepada ibubapa. Di samping itu, enrolmen yang ditetapkan oleh KVK bagi setiap kursus tercapai.

Pada hari tersebut, pelajar-pelajar yang baharu dapat membeli   semua keperluan kolej di koperasi KVK dan mendaftar diri di Desa Cemerlang.Suasana sepanjang hari sangat sibuk di setiap bahagian sama ada di garaj kereta, koperasi maupun Desa Cemerlang. Kelihatan pelajar-pelajar bersama dengan penjaga masing-masing  menyelesaikan urusan pada hari itu juga.


Seramai 253 orang  pelajar baharu berjaya didaftarkan bagi sesi 2014. Jumlah ini telah dicapai setelah 2 kali sesi rayuan dibuka untuk memenuhi kuota yang         diperlukan oleh KVK. Majlis ini berjalan lancar kerana semua warga KVK dari        peringkat bawah hingga ke peringkat atasan bekerjasama menyelesaikan semua perkara berbangkit.

Thursday 16 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

ANJURAN      : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
TARIKH          : 16 JANUARI 2014 (KHAMIS)
MASA             : 8.00 PAGI – 9.45 PAGI 
TEMPAT        : SURAU SALAHUDDIN AL-AYUBI
KUMPULAN SASARAN: SEMUA WARGA KOLEJ VOKASIONAL TERDIRI DARIPADA                       
                                 PENSYARAH,AJK PELAKSANA DAN PELAJAR-PELAJAR

PENCAPAIAN:
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya.

Slot ini diisi dengan Ceramah Agama oleh Ustaz Syed Shahrunuddin b. Syed Mohd Sah yang merupakan seorang penceramah bebas. Sebelum sesi ceramah, pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah KVK sempat membaca yassin dan mendirikan solat hajat yang diimani oleh ustaz jemputan tersebut. Di akhir sambutan, warga KVK mengalunkan selawat ke atas junjungan besar Nabi SAW.


Penyampaian ceramah yang lantang dan bertenaga daripada penceramah Ustaz Syed dapat menarik minat para audiens meneliti intipati ceramah pada hari itu. Ustaz Syed juga pandai mengeletek hati para penonton dengan menyelitkan unsur-unsur kecindan dalam ceramahnya.

Sunday 12 January 2014

BANTUAN MANGSA BANJIR PENSYARAH & PELAJAR KOLEJ

ANJURAN     : UNIT KEBAJIKAN KVK
TARIKH          : 12 JANUARI 2014 (AHAD)
MASA             : 8.00 HINGGA 10.00 PAGI 
TEMPAT        : DEWAN WAWASAN KVK
KUMPULAN SASARAN: MANGSA-MANGSA BANJIR SERAMAI 40 ORANG  
                                               PENSYARAH DAN 33 ORANG PELAJAR

PENCAPAIAN:
Majlis  pagi itu dimulai dengan bacaan doa dan alunan nyanyian lagu negeri. Seterusnya,majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan Pengarah Kolej. Dalam ucapannya, pengarah mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Wan Yusoff kerana berbesar hati menyumbangkan hadiah tersebut.

Bantuan ini diberi bagi meringankan beban dan sekaligus dapat membantu warga kolej yang terlibat dengan bencana  banjir di sekitar daerah Kemaman.

Sehubungan dengan itu, En. Wan Yusoff bin Wan Ismail, Pengurus Pusat     Bertauliah Kolej Sei Ryu Sha telah bermurah hati menyampaikan sumbangan wang poket sebanyak RM100 seorang kepada pelajar dan pakaian uniform kolej serta RM85  seorang kepada warga pensyarah

Sunday 5 January 2014

BPTV BERSAMA PENSYARAH

ANJURAN       : KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN
TARIKH          : 8 JANUARI 2014 (RABU)
MASA             : 12.30 TENGAHARI HINGGA 1.30 PETANG 
TEMPAT        : BILIK MESYUARAT KVK
KUMPULAN SASARAN: 34 ORANG WARGA KVK DAN 6 ORANG WARGA KV
           DUNGUN YANG DILANDA MUSIBAH BANJIR

PENCAPAIAN:
Program ini dilaksanakan  untuk membantu meringankan beban yang di tanggung oleh mangsa-mangsa yang mengalami musibah banjir.
Pihak BPTV yang diketuai oleh Dato’ Haji Tajudin Jab telah turun padang setelah berjaya mengutip dana mangsa banjir di Kolej Vokasional seluruh Negara.
Pada tengahari itu, beliau telah beramah mesra dengan setiap mangsa banjir dan turut rasa simpati di atas apa yang dialami oleh mereka.


PELAKSANAAN SEMESTER PENDEK

ANJURAN     : JABATAN PENDIDIKAN UMUM
TARIKH         : 05 JANUARI  2014 HINGGA 23 JANUARI 2014 (AHAD - KHAMIS)
MASA            : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT       : BILIK KULIAH MASING-MASING
KUMPULAN SASARAN: Semua pelajar tahun 2(semester 3) seramai 260 orang.

PENCAPAIAN:
Program ini bertujuan agar pelajar-pelajar mengetahui pengendalian maklumat asas, memahami fungsi komunikasi, mengetahui asas pengendalian masalah dan mengaplikasi teknologi maklumat.

Sepanjang program ini, pensyarah-pensyarah memberikan kerjasama yang baik. Pada sesi ini, sebanyak 4 modul telah berjaya di sampaikan kepada pelajar-pelajar oleh 45 orang pensyarah yang dipilih. Modul-modul itu terdiri daripada:-
»        Modul 5: Pengendalian Maklumat Asas
»        Modul 6: Fungsi Komunikasi
»        Modul 7: Asas Pengendalian Masalah
»        Modul 8: Aplikasi Teknologi Maklumat

Setiap modul telah diagih kepada sesi pengkuliahan, sesi kertas tugasan dan sesi kertas kerja. Pada minggu terakhir, pelajar-pelajar mesti menduduki Kertas Penilaian Pengetahuan. Semua pelajar berjaya mendapat markah 90% ke atas(Trampil) dalam setiap modul.