Friday 20 July 2018

PERTUKARAN ALAMAT PORTAL RASMI KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN, TERENGGANU


Assalamualaikum dan Salam Harapan Malaysia Baharu.

Sukacita dimaklumkan bahawa PORTAL RASMI KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN, TERENGGANU  telahpun berpindah ke alamat seperti berikut:


Perubahan ini adalah selari dengan pertukaran alamat domain bagi semua portal dan laman web dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia bermula tahun 2018.
Terima kasih kerana sudi melawat ke Portal Kolej Vokasional Kemaman. Semoga dapat berjumpa kembali di rumah baru.

Sekian,

Admin ICT,

Tuesday 24 January 2017

PROGRAM SERASI ‘TAUTAN KASIH’ PELAJAR BAHARU 2017



PROGRAM    : PROGRAM SERASI ‘TAUTAN KASIH’ PELAJAR BAHARU 2017

ANJURAN     : UNIT PSIKOLOGI DAN KERJAYA

TARIKH        : 24 JANUARI 2017- 26 JANUARI 2017

HARI            : SELASA - KHAMIS

MASA           : 8.00 PG – 4.30 PTG

TEMPAT      : DEWAN WAWASAN KV KEMAMAN

KUMPULAN SASARAN:
Pelajar- pelajar baharu tahun 1 SVM 2017
PENCAPAIAN:
Program bermula pada jam 8.00 pagi. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kesemua pelajar baru tentang Kolej ini di samping berkenalan antara satu sama lain.Pada hari pertama (selasa),telah diadakan majlis perasmian Pembukaan Program Serasi oleh Tuan Pengarah. Manakala pada hari kedua diadakan taklimat- taklimat khusus dari Badan Disiplin, Pusat sumber, Penilaian KJPP dan taklimat HEM. Pada hari terakhir dimulakan dengan ceramah di surau Solehudin Al Ayubi kemudian diikuti dengan taklimat Kokurikulum dan sukan oleh SU Sukan. Majlis penutup diadakan pada pukul12.00 tengahari

Monday 23 January 2017

HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU 2017



PROGRAM    : HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU  2017

ANJURAN      : KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN

TARIKH         : 23 JANUARI 2017

HARI             : ISNIN

MASA           : 9.00 PAGI

TEMPAT       : DEWAN WAWASAN KV KEMAMAN

KUMPULAN SASARAN:
Pelajar- pelajar baharu tahun satu SVM

PENCAPAIAN:
Aturcara bermula pada jam 8.00 pagi. Semua pelajar baharu dikehendaki membuat semakan dokumen di meja semakan yang disediakan sebelum memulakan pendaftaran. Sebelum sesi pendaftaran bermula, kesemua ibu bapa dan pelajar baru mendengar taklimat ringkas daripada Tuan Pengarah KV Kemaman, Tn. Hj Awang B. Junoh. Tn Pengarah menegaskan tentang kepentingan disiplin dalam kalangan pelajar yang bukan sahaja menjadi tanggungjawab guru semata bahkan menjadi tangunggjawab bersama para ibu bapa. Jumlah pelajar baru yang mendaftar pada ambilan pertama kali ini seramai                                  .Majlis bersurai pada pukul 2.00 petang. Secara keseluruhannya, program pendaftaran ini berjalan dengan lancar

Tuesday 10 January 2017

HARI TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BAGI SESI 2017



PROGRAM    : HARI TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BAGI SESI 2017

ANJURAN      :  PENGURUSAN OUTREACH, PENGAMBILAN & PENDAFTARAN PELAJAR

TARIKH         : 10 JANUARI 2017

HARI             : SELASA

MASA            : 8.30 PG – 1.00 PTG

TEMPAT        : DEWAN WAWASAN KV KEMAMAN

KUMPULAN SASARAN:
Pelajar- pelajar baru yang terpilih untuk ditemuduga.

PENCAPAIAN:
Program bermula pada jam 8.30 pagi. Temuduga tersebut berlangsung di dua tempat. Lokasi temuduga bagi kursus BKP,BPP,ETE, MTA, ETN dan WTP ialah di Dewan Wawasan. Manakala bagi kursus MTK, MPP dan MPI diadakan di bengkel masing-masing. Bagi calon yang berjaya akan terus diberikan surat tawaran dan pembelian barang keperluan juga boleh dibuat di koperasi. Jumlah kesemua calon yang ditemuduga ialah seramai 90 orang yang mana terdiri daripada 63 orang pelajar lelaki dan 17 orang pelajar perempuan. Jumlah bagi kesemua calon yang berjaya dalam temuduga tersebut ialah seramai 80 orang. Program temuduga ini berakhir pada jam 1.00 tengahari.